Thursday, April 9, 2009

MEMAKMURKAN MASJID SEBAGAI TANDA IMAN

Sejarah telah membuktikan bahawa perkembangan Islam pada peringkat awal adalah bermula dengan institusi masjid. Pada zaman Rasulullah s.a.w, masjid berperanan bukan sahaja sebagai tempat untuk menunaikan solat tetapi turut menjadi pusat perkembangan ilmu, pusat kemajuan ekonomi, pusat pertemuan komuniti, pusat penyebaran maklumat, tempat kegiatan sosial seterusnya sebagai tempat penyatuan ummah.
Peranan untuk memakmurkan masjid pula terletak di atas bahu kita, sebagai orang Islam. Antara ciri-ciri orang yang beriman adalah mereka yang memakmurkan masjid Allah. Hal ini sepertimana
Firman Allah S.W.T dalam Surah At-Taubah (9):18 ;

Maksudnya:
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Justeru, marilah kita bersama-sama memanfaatkan masjid sepenuhnya dalam usaha untuk memperkukuhkan akidah dan keimanan kepada Allah S.W.T.
posted by kembara-dakwah at 8:09 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home