Saturday, April 11, 2009

Dokumentari KEMBARA DAKWAH...(^_^)

Semoga mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada dokumentari ini..

posted by kembara-dakwah at 6:12 AM   0 commnets

Thursday, April 9, 2009

MEMAKMURKAN MASJID SEBAGAI TANDA IMAN

Sejarah telah membuktikan bahawa perkembangan Islam pada peringkat awal adalah bermula dengan institusi masjid. Pada zaman Rasulullah s.a.w, masjid berperanan bukan sahaja sebagai tempat untuk menunaikan solat tetapi turut menjadi pusat perkembangan ilmu, pusat kemajuan ekonomi, pusat pertemuan komuniti, pusat penyebaran maklumat, tempat kegiatan sosial seterusnya sebagai tempat penyatuan ummah.
Peranan untuk memakmurkan masjid pula terletak di atas bahu kita, sebagai orang Islam. Antara ciri-ciri orang yang beriman adalah mereka yang memakmurkan masjid Allah. Hal ini sepertimana
Firman Allah S.W.T dalam Surah At-Taubah (9):18 ;

Maksudnya:
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Justeru, marilah kita bersama-sama memanfaatkan masjid sepenuhnya dalam usaha untuk memperkukuhkan akidah dan keimanan kepada Allah S.W.T.
posted by kembara-dakwah at 8:09 AM   0 commnets

A'Famosa Kota Bersejarah



posted by kembara-dakwah at 4:36 AM   0 commnets

MASJID AL-AZIM DESTINASI PILIHAN KEMBARA DAKWAH


SEJARAH MASJID AL-AZIM

Rancangan pembinaan Masjid Al-Azim ini adalah satu daya usaha yang dipelopori oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Ianya merupakan salah satu projek terbesar Kerajaan Negeri Melaka yang bermatlamat menegakkan syiar Islam dan sebagai simbol perpaduan ummah di negeri ini. Malahan menjadi suatu mercu tanda tentang peranan Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400 - 1511M) sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara.

Pembinaan masjid ini menelan belanja sejumlah RM19.5 juta yang merangkumi 2 fasa. Fasa pertama telah pun siap dibina dalam jangkasama 7 tahun. Ianya telah mula digunakan sejak 12 Januari 1990 untuk sembahyang Jumaat dan sembahyang lima waktu.

Masjid ini telah dirasmikan pada hari Jumaat 20 Zulhijjah 1410 H bersamaan 13 Julai 1990M yang merupakan suatu upacara bersejarah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Azlan Shah


...Menurut Sejarah, Melaka merupakan negeri yang terawal menerima kedatangan Islam di Tanah Melayu. Oleh itu, krew Kembara Dakwah telah memilih Masjid al-Azim kerana memandangkan masjid ini merupakan masjid Negeri Melaka.

Selain itu,masjid ini merupakan salah sebuah masjid yang aktif di dalam menjalankan aktiviti untuk menghidupkan peranan masjid.

posted by kembara-dakwah at 4:19 AM   0 commnets

KREW KEMBARA DAKWAH


posted by kembara-dakwah at 3:56 AM   0 commnets

Perluasan Fungsi Masjid Abad 21




Perluasan Fungsi Masjid Abad 21

Bagi mengembalikan peranan sebenar masjid dalam membina kekuatan, perpaduan dan pembangunan Islam, beberapa langkah penting perlu diambil supaya masjid tidak tinggal sebagai tempat sembahyang semata-mata. Tidak dinafikan bahawa pada masa sekarang, sudah banyak usaha yang dijalankan oleh berbagai pihak tetapi pada masa yang sama pendekatan lain yang lebih professional dan menarik juga perlu dilaksanakan dari masa ke semasa. Mengambil kira pendekatan terbaik dari merata pelusuk dunia, para pentadbir masjid perlu sentiasa peka dengan kehendak semasa supaya program-program yang dijalankan di masjid akan menepati citarasa dan keperluan semua lapisan masyarakat setempat atau masyarakat umum.


Masjid bukan sahaja sebagai tempat yang memberi khidmat keagamaan secara khusus tetapi ia perlu dijadikan sebagai institusi pelbagai fungsi (multi functional) dan menjadikan ianya ejen pusat yang boleh membantu mewujudkan Komuniti Islam Gemilang (KIG). Pengurusan masjid perlu mempastikan empat peranan penting bagi semua aktiviti masjid:

a. Kegiatan Keagamaan
Sembahyang berjemaah, bacaan al-Quran dan aktiviti-aktiviti berkaitan hendaklah menjadi agenda penting aktiviti masjid. Kemudahan sokongan untuk keselesaan hendaklah diberi perhatian yang awla.

b. Pendidikan Agama
Dalam suasana dunia moden dan sekular, pendidikan keagamaan boleh dijadikan agenda penting penyebaran maklumat Islam di masjid-masjid. Kefahaman yang mantap, betul dan tepat adalah sangat penting bagi memandu seseorang muslim untuk menyesuaikan diri dalan kehidupan seharian. Pendidikan Islam akan menanamkan nilai dan budipekerti mulia yang boleh meyebabkan orang Islam dipandang mulia dan hebat. Program-program seperti kelas fardu ain dan kifayah, tahfiz Quran, Tafsir dan Hadith, Bahasa Arab, Tadika dan sekolah agama petang, kursus haji/umrah, ceramah dan forum dan lain-lain lagi.

c. Pembangunan Belia dan Keluarga
Keluarga adalah institusi terpenting dalam masyarakat. Ia adalah penyumbang terbesar bagi kekuatan, keharmonian dan keperihatinan masyarakat dan negara. Oleh kerana ia adalah aset penting untuk kecemerlangan generasi masa depan, merek perlu dibekalkan dengan perbagai petunjuk yang akan memandu mereka kepada masa depan yang lebih terjamin dan berkualiti. Diantara aktiviti yang boleh dijalankan bagi mencapai objektif diatas ialah:


I. Kursus pembangunan keluarga yang lebih sistematik dan berstruktur
II. Dialog tentang kesihatan, pembangunan kanak-kanak, khidmat kaunseling dan kursus motivasi
III. Penyediaan kaunselor terlatih bagi membantu keluarga bermasaalah
IV. Penubuhan kelab remaja di setiap masjid
V. Aktiviti sukan, lawatan dan khidmat masyarakat yang berterusan dengan kerjasama badan bukan kerajaan
VI. Membina budya belajar sepanjang hayat di kalangan ahli masyarakat

d. Perkhidmatan sebaran maklumat dan rujukan
Sebagai pusat komuniti Islam, masjid boleh berperanan sebagai pusat maklumat setempat yang mampu secara langsung menarik masyarakat untuk mendekatinya. Masjid boleh mempamer dan menyediakan maklumat penting tentang isu semasa yang ingin diketahui oleh masyarakat. Inisiatif seperti dibawah boleh diperkenalkan:
I. Pelantikan guru/ustaz yang berpengalaman dan memepunyai kelayakan akademik sebagai rujukan bagi membantu menyelesaikan masalah agama dan sebagainya
II. Mengadakan pameran dan aktiviti kemasyarakatan
III. Meletakkan maklumat berguna seperti akhbar, majalah, buku, pamplet dan sebagainya


Masjid Identiti Baru

Pengubahan identiti masjid dari satu keadaan kepada satu keadaan yang baru adalah merupakan di antara pendekatan yang boleh membantu masjid menjadi pemangkin kemajuan ummah. Pada masa sekarang kebanyakan masjid khususnya di luar bandar (masjid qariah) dilihat mempunyai identiti sebagai tempat sembahyang jemaah lima waktu dan sembahyang Jumaat sebagai aktiviti utama sepanjang tahun. Secara tidak langsung mereka yang menggunakan masjid hanyalah jemaah tetap masjid dan segolongan kecil ahli qariah yang mempunyai kepentingan berkala. Oleh kerana itu masjid tidak dapat dijadikan titik penggerak kepada keseluruhan masyarakat.

Bagi mengubah identiti masjid sebagai penggerak dan pemangkin perpaduan masyarakat, ia perlu mempunyai identiti yang boleh menyatukan aset-aset penting institusi kemasyarakatan seperti belia dan keluarga.

a. Identiti 1: Mesra-Belia

Masjid perlu menawarkan tempat dan program untuk belia seperti mewujudkan:
· Pusat bertauliah bagi remaja untuk mengikuti kursus-kursus-kursus tertentu
· Program dakwah belia kepada remaja-remaja yang liar-masjid
· Program galakan bagi jemaah mesra-masjid supaya mereka sentiasa dihargai dalam usaha imarah masjid yang dilakukan
· Pembentukan jawatankuasa masjid yang terdiri dari belia/remaja.
· Mewujudkan papan kenyataan yang berinformasi bagi belia

Beberapa inisiatif utama yang boleh dipertimbangkan ialah:

· Komitment latihan kepada progaram tertentu seperti kesukarelawanan dan kemasyarakatan
· Mewujudkan kerjasama dengan badan-badan pendidikan kemasyarakatan
· Program berimpak tinggi yang mempunyai sokongan kewangan dari kerajaan dan badan swasta
· Melantik Pegawai Pembangunan Masjid yang akan menyelia seluruh aktiviti pembangunan
· Mewujudkan pangkalan data belia yang menyertai aktiviti masjid
· Penyediaan kawasan khas aktiviti bagi belia termasuk peralatan belajar dan sukan


b. Identiti 2: Mesra-Keluarga

Bagi mempastikan masjid beridentiti mesra-keluarga, ia perlulah mengadakan program-program berkaitan keluarga seperti:
· Acara keluarga yang masih belum menjadi jemaah kekal masjid
· Acara keluarga untuk jemaah kekal masjid
· Menyediakan ruang untuk aktiviti kanak-kanak
· Papan kenyataan/pengiklanan tentang kekeluargaan
· Alat bantu bagi keluarga berumur dan kurang upaya

Masjid juga digalakkan untuk memperkenalkan inisisatif yang kreatif untuk mempromosi masjid sebagai tempat mesra-keluarga. Dengan itu program-program seperti dibawah adalah sangat digalakkan:

· Pengajian Islam berasaskan keluarga
· Mengadakan standard perkidmatan mesra-keluarga kepada masyarakat
· Komitmen latihan kepada Khidmat Cemerlang
· Khidmat mengadakan program sunnah seperti tahnik, aqiqah, tahlil, pengurusan jenazah, walimah dan sebagainya
· Pusat sehenti bagi maklumat dan perkhidmatan kemasyarakatan
· Skim Keluarga Masjid
· Kemudahan bermalam di masjid
· Kawan rehat dan rawat
· Pengkalan data maklumat bagi pengurusan masjid

Kesimpulan

Di samping itu, jangan dibenarkan seseorang merasa terkilan apabila berada di masjid, sebaliknya biarlah yang pulang timbul rasa teringin kembali ke masjid semula. Sikap timbang rasa hendaklah sentiasa dipupuk di hati para jemaah. Sebagai contoh, mereka yang datang awal ke masjid hendaklah meletak kenderaannya dengan mengambil kira kenderaan yang datang terkemudian. Mereka yang datang lambat juga hendaklah memastikan kenderaannya tidak menghalang jemaah yang akan keluar masjid lebih awal. Semoga tidak berlaku mana-mana kenderaan menyekat dan mengganggu kelancaran perjalanan kenderaan lain.


posted by kembara-dakwah at 3:28 AM   0 commnets

Wednesday, April 1, 2009

LAWATAN KE GALERI ILMU...


Pada 31 Mac 2008, pelajar-pelajar subjek Multimedia Dakwah telah melawat Galeri Ilmu..


banyak yang kami pelajari di sini berkenaan dengan dokumentari terutamanya mengenai proses editing filem.




pengalaman ini amat berharga bagi krew Kembara Dakwah kerana di sini kami mendapat beberapa ilmu baru yang dapat diaplikasikan di dalam penghasilan Dokumentari Dakwah kami.




posted by kembara-dakwah at 1:28 AM   0 commnets