Saturday, March 28, 2009

KEMBARA DAKWAH....Sepintas lalu..

Kembara Dakwah merupakan sebuah program dokumentari yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar daripada Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan bagi memenuhi keperluan subjek Multimedia Dakwah IDEU3320.

Konsep Kembara Dakwah adalah mengembara ke institusi-institusi yang menjalankan kegiatan dakwah bagi memperkenalkan dan mengkengahkan usaha-usaha dakwah yang telah dilakukan oleh institusi tersebut.


Menurut sejarah perkembangan Islam, masjid berperanan besar di dalam menyebarkan dakwah Islamiah. Oleh yang demikian, Kembara Dakwah memilih untuk mengembara ke Masjid.
Masjid yang dipilih bagi permulaan titik Kembara Dakwah ini ialah Masjid al-Azim, Melaka. Hal ini kerana Melaka merupakan salah sebuah pusat terawal penyebaran Islam di Tanah Melayu, berikutan aktiviti perdagangan yang dijalankan di perairan Selat Melaka.

Ikuti kembara kami ke sana.....
posted by kembara-dakwah at 9:57 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home